Wednesday, 18 April 2012

doa dan amalan untuk anak yang nakal


salam sayang pada semua yang sudi lagi menziarah blog mummy ni...n3 kali ni saja mummy nak kongsikan tips untuk menjadikan anak2 kita anak yang cemerlang...mummy pun masih dok menghafal dan masih belum sempurna amalan ni...so mummy nak kongsikan kat sini semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari ALLAH yang Maha Esa dan semoga semua doa2 kita sebagai ibu bapa dimakbulkanNya.
Mummy terpanggil untuk membuat research tentang amalan2 bila anak mummy yang sulung yang lebih suka mummy kenalkan sebagai abang buat perangai...suka memberontak sangat masa tu...suka melawan cakap mummy...atau biasa kita sebut talking back...tak mendengar arahan...malas belajar...dan mummy mula jumpa amalan ni kat blog...kepada empunya blog melurhasanah.com...mummy mohon C&P ye...semoga kita bersama mendapat berkat dan redha dari ALLAH....amin... terima kasih ye...
ALHAMDULILLAH selepas mummy amalkan ni walaupun separuh darinya saja...mummy amalkan yang senang2 dulu yang boleh sambil lalu contoh masa tengah memasak, sambil nak tidur, lepas sembahyang, sambil teman buat homework, sambil borak2, sambil tengok tv, sambil layan dia bermain...mummy amalkan sentiasa di dalam hati...
dalam masa seminggu je mummy da dapat nampak perubahan abang...mula2 mummy nampak dia da tak suka memberontak kalau tak dapat sesuatu...skarang ni abang lebih cool dan boleh menerima kenyataan dan alasan kenapa dia tak dapat barang tu...ok la tu...dan yang lain nya mummy dapat tangok perubahan dari segi dia senang bangun pagi da takde nak mengamuk lagi bila suruh mandi dan sekarang abang da mula seronok pegi sekolah...dan rajin pulak buat homework, kalu balik dari sekolah teacher abang bagi homework sampai rumah terus nak buat...kalau dulu siap bergaduh2 ngan mummy bile nak buat homework...paling mummy suka dia sekarang ni beria2 nak ikut daddy solat...paendek kata abang sekarang ni da banyak tertibnya...dan mummy bangga bila dia da mula tunjukkan minat membaca...dan abang sebenarnya sangat bertanggungjawab dan penyayang pada adik2nya...sekarang ni abang da boleh diharap kalau nak jaga adik masa mummy masak...dan penah dia cakap kat angah ‘’daddy takde duit la angah’’,masa angah minta belikan mainan...bagus nye anak mummy sekarang...
pada ibu2 yang memasak sentiasa la basahkan lidah dengan berzikir supaya zat2 zikir tu menyerap masuk dalam makanan tu ...dan paling penting bagi ayah pula pastikan sumber rezeki yang akan menjadi sumber makanan dan menjadi isi dan daging ahli keluarga kita datang dari sumber yang HALAL...perkara perlu diingat dan jangan di ambil mudah...hatta walaupun 10 sen atau walau secubit...ingatlah...akan menjadi darah yang mengalir dan daging yang memegang tulang kita...NAUZUBILLAH MIN ZALIQ...itu la itu baru mummy amalkan sikit je, kalu kita semua amalkan semua amalan tersebut hasilnya MASYAALLAH...itu la hebatnya janji ALLAH pada kita dan betapa mustajabnya doa dari AL- QURAN...semoga dengan amalan seperti dibawah akan lahirkan lebih ramai lagi permata dunia dan syurga kita...amin....
1.Baca “Ya Latif” sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur
2.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk
3.Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak
4.Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati
5.Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya “Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu
6.Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud “Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.
7.Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar
8.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud ” Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya”
9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.
10.Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud ” Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.
11.Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud “Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.
Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan
1.Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya’ ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa
2.Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102
3.Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya’ ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24
4.Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.
5.Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.
Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.
Semoga dengan perkongsian n3 kali ni dan pengalaman mummy bersama abang dapat memberi peluang dan kesempatan pada ibu bapa yang mempunyai anak2 yang nakal dapat mengamalkannya sebelum terlambat...selamat beramal...

sekian salam sayang dari mummy rania....muacks 

Tuesday, 3 April 2012

cerita kait mengait


Salam pengenalan

Salam dari mummy yang ingin membuka pintu blog yang baru mummy wujudkan ni....sebenarnya da lama mummy berblog ni dan da ada 3 blog da sebenarnya tapi tak berapa aktif sangat (sampai lupa kata laluan ...hehe) maklumla tuntutan masa dan kekurangan idea untuk bercerita ditambah pulak dengan urusan anak2 kecil yang membataskan mummy dari berkarya blog....chewah rasa macam penulis pulak....tapi betul la tu kan penulis di alam maya...saja nak beritahu, sempena nama blog ni ‘’ MUMMY N LOVE ‘ mummy nak kupas minat sendiri dan saja nak kongsikan pada semua orang yang sudi singgah meluangkan masa baca celotehan mummy ni...
Minat mummy ni sebenarnya banyak sangat...tapi yang paling tengah in trend ngan mummy dan yang tengah mummy sibuk2 ni ialah ‘’ CROCHET ‘’ ataupun dalam bahasa kita ‘mengait’ ...kalau kita ingat2 balik mesti ada di kalangan kita kat rumahnya ada alas meja atau apa jua seni kait ni yang di buat oleh mak2 kita ataupun nenek2 kita, tapi pattern dulu banyak untuk hiasan dalaman je la kan....tapi skarang ni da di naik tarafkan menjadi hiasan di badan senang cerita ramai yang buat pattern yang boleh digayakan....
minat mummy mula masa lepas bersalin kan puteri mummy ‘baby rania’, maklumla sebelum tu mummy da ada 2 orang boy...so bila da dapat bunga sekuntum mula la mummy sibuk dok pikir teruja nye aku nak ‘siapkan ‘ baby rania ni...so masa jalan2 kat ECM ( east coast mall kuantan ) mata ni terpandang kan ‘ crochet headband string ‘ ngan bunga kelopak besar...apa lagi mummy trus beli masa tu harganya rm15...mak aii daddy pon da bising mahalnya benang 2, 3 urat je harga dia uuuhai...hehe...mummy pon kata la tuk anak dara sorang apa salahnya...lepas pada tu mummy asik la pakai headband yang sama je dan mula bosan tengok warna dia...
mummy pon terfikir nak belajar mengait...kebetulan masa tu nak dekat raya...mummy suruh daddy belikan benang dan hook ...pada masa sama ada cikgu kat sekolah mummy ni ada asas mengait ni...dia pun tawarkan diri sanggup ajar mummy...esok nya tanpa lengah lagi mummy pun bawak la ‘ barang2 kait ‘ tu....dan mula pelajaran pertama  cara nak buat ‘’ tali air ‘‘ ataupun disebut ‘’ chain’’... dan pattern pertama yang diajar masa tu ‘headband ‘dapat la pakai masa raya...kebetulan tema raya tahun 2011 biru ...dah molek benar la tu daddy nya beli benang kaler biru....da siap baby rania punya mummy sambung lak headband yang kedua dan ketiga dengan tema warna yang sama untuk adik ipar yang bongsu dan anak sedara daddy ‘kakak tisya’, so pagi raya tu dapat la tengok baby rania bergaya ngan baju kurung pertamanya ngan ‘’ crochet headband ‘’ buatan tangan mummy sendiri... haha... bangganya aku jerit dalam hati...
selepas pada tu...baru la mummy mula gilakan ‘crochetting ‘ni...mummy pun tambah benang dan hook saiz lain...dan buat headband lagi...bila kawan2 mummy tengok dia minta buatkan untuk anak2 diorang dan dari situ mula la bisnes yang tak dirancang...bila lepas sorang2 oder termasuk dari tempat keje daddy....ALHAMDULILLAH syukur ke hadrat ALLAH atas kurnian rezekiNya.....so skarang ni mummy da menjadi serious crochetter (betul ke tak ayat tu, pandai je guna ayat dan imbuhan seniri)...dan semakin banyak tempahan...Cuma mummy xsempay nak upload gambar di facebook lagi la...maklumla keterbatasan waktu di rumah telah menyekat aktiviti tersebut...
semoga celoteh mummy ni tak membosankan dan semoga sudi lagi singgah ke sini menjengah dan melayan celoteh dan cerita mummy yang panjang lebar dan takkan habis2 ni...di entri yang lain nanti mummy nak story hasil crochet mummy dan juga minat mummy yang lain2...dan nanti mummy akan upload gambar2 yang berkaitan ngan cerita mummy yer...selain minat mummy yang mendalam pada benda2 seni ni...mummy akan bercerita tentang hal2 lain jugak...so singgah la selalu ye
sekian salam sayang dari mummy rania....muacks