Salam
pengenalan
Salam dari
mummy yang ingin membuka pintu blog yang baru mummy wujudkan ni....sebenarnya
da lama mummy berblog ni dan da ada 3 blog da sebenarnya tapi tak berapa aktif
sangat (sampai lupa kata laluan ...hehe) maklumla tuntutan masa dan
kekurangan idea untuk bercerita ditambah pulak dengan urusan anak2
kecil yang membataskan mummy dari berkarya blog....chewah rasa macam penulis
pulak....tapi betul la tu kan penulis di alam maya...saja nak beritahu, sempena
nama blog ni ‘’ MUMMY N LOVE ‘ mummy nak kupas minat sendiri dan saja nak
kongsikan pada semua orang yang sudi singgah meluangkan masa baca celotehan
mummy ni...
Minat mummy
ni sebenarnya banyak sangat...tapi yang paling tengah in trend ngan mummy dan
yang tengah mummy sibuk2 ni ialah ‘’ CROCHET ‘’ ataupun dalam bahasa
kita ‘mengait’ ...kalau kita ingat2 balik mesti ada di kalangan kita
kat rumahnya ada alas meja atau apa jua seni kait ni yang di buat oleh mak2
kita ataupun nenek2 kita, tapi pattern dulu banyak untuk
hiasan dalaman je la kan....tapi skarang ni da di naik tarafkan menjadi hiasan
di badan senang cerita ramai yang buat pattern yang boleh digayakan....
minat mummy
mula masa lepas bersalin kan puteri mummy ‘baby rania’, maklumla sebelum tu
mummy da ada 2 orang boy...so bila da dapat bunga sekuntum mula la mummy sibuk
dok pikir teruja nye aku nak ‘siapkan ‘ baby rania ni...so masa jalan2 kat
ECM ( east coast mall kuantan ) mata ni terpandang kan ‘ crochet headband
string ‘ ngan bunga kelopak besar...apa lagi mummy trus beli masa tu harganya
rm15...mak aii daddy pon da bising mahalnya benang 2, 3 urat je harga dia
uuuhai...hehe...mummy pon kata la tuk anak dara sorang apa salahnya...lepas
pada tu mummy asik la pakai headband yang sama je dan mula bosan tengok warna
dia...
mummy pon
terfikir nak belajar mengait...kebetulan masa tu nak dekat raya...mummy suruh
daddy belikan benang dan hook ...pada masa sama ada cikgu kat sekolah mummy ni
ada asas mengait ni...dia pun tawarkan diri sanggup ajar mummy...esok nya tanpa
lengah lagi mummy pun bawak la ‘ barang2 kait ‘ tu....dan mula
pelajaran pertama cara nak buat ‘’ tali
air ‘‘ ataupun disebut ‘’ chain’’... dan pattern pertama yang diajar masa tu ‘headband
‘dapat la pakai masa raya...kebetulan tema raya tahun 2011 biru ...dah molek
benar la tu daddy nya beli benang kaler biru....da siap baby rania punya mummy
sambung lak headband yang kedua dan ketiga dengan tema warna yang sama untuk
adik ipar yang bongsu dan anak sedara daddy ‘kakak tisya’, so pagi raya tu dapat
la tengok baby rania bergaya ngan baju kurung pertamanya ngan ‘’ crochet
headband ‘’ buatan tangan mummy sendiri... haha... bangganya aku jerit dalam
hati...
selepas pada
tu...baru la mummy mula gilakan ‘crochetting ‘ni...mummy pun tambah benang dan
hook saiz lain...dan buat headband lagi...bila kawan2 mummy tengok
dia minta buatkan untuk anak2 diorang dan dari situ mula la bisnes
yang tak dirancang...bila lepas sorang2 oder termasuk dari tempat
keje daddy....ALHAMDULILLAH syukur ke hadrat ALLAH atas kurnian
rezekiNya.....so skarang ni mummy da menjadi serious crochetter (betul
ke tak ayat tu, pandai je guna ayat dan imbuhan seniri)...dan semakin
banyak tempahan...Cuma mummy xsempay nak upload gambar di facebook lagi
la...maklumla keterbatasan waktu di rumah telah menyekat aktiviti tersebut...
semoga
celoteh mummy ni tak membosankan dan semoga sudi lagi singgah ke sini menjengah
dan melayan celoteh dan cerita mummy yang panjang lebar dan takkan habis2 ni...di
entri yang lain nanti mummy nak story hasil crochet mummy dan juga minat mummy
yang lain2...dan nanti mummy akan upload gambar2 yang
berkaitan ngan cerita mummy yer...selain minat mummy yang mendalam pada benda2
seni ni...mummy akan bercerita tentang hal2 lain jugak...so
singgah la selalu ye
sekian salam
sayang dari mummy rania....muacks
No comments:
Post a Comment